Saturday, July 31, 2010

POLITIK UNTUK SEMUA-KERAJAAN PERLU TELUS DAN BERANI

Tindakan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Abdul Razak yang membenarkan guru-guru dari DG41 sehingga DG48 berpolitik sesuatu keputusan drastik diambil kerajaan pimpinan Najib dalam situasi atau suasana politik Malaysia yang sudah dapat diagak. Keputusan Najib ini disusuli oleh kenyataan Timbalan Perdana Menteri selepas disoal oleh wartawan berita salah sebuah stesen TV tempatan yang menjadi proksi UMNO BN sekian lama sama ada tindakan kerajaan ini kemungkinan guru-guru DG41 sehingga DG48 dari kalangan mereka akan ada yang menyertai Parti Pembangkang lalu jawapan TPM ialah terpulang kepada guru-guru tersebut asalkan mereka bersikap profesional dan tidak membawa hal politik sehingga kedalam sekolah.

Sekali pandang semua keputusan ini menyebabkan kesenangan dikalangan guru-guru tersebut dan masyarakat, namun kerajaan sebenarnya harus lebih bersikap telus dan lebih terbuka dengan membenarkan Mahasiswa dan Pensyarah serta sesiapa sahaja yang layak untuk berpolitik termasuk kakitangan awam lain selaras dengan kebebasan berpolitik sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Mahasiswa adalah kalangan intelektual muda yang mendiami pusat-pusat pengajian tinggi dan mereka jugalah sandaran kepimpinan masa hadapan negara Malaysia.Namun sehingga sekarang suatu akta yang mencengkam Mahasiswa dari berpolitik masih tetap diteruskan. Akta yang juga layak digelar digelar sebagai Akta Zalim kedua selepas ISA mengongkong para Mahasiswa dari melibatkan diri dalam politik luar. atas dasar apa?

AUKU atau Akta Universiti Dan Kolej Universiti yang dilaksanakan pada tahun 1971 melarang mana2 pelajar dari melibatkan diri dengan politik luar atau mana-mana parti politik luar atau apa jua aktiviti anjuran mana-mana parti politik luar (sebenarnya larangan ini adalah kepada mahasiswa yang terlibat dengan politik parti pembangkang PAS-PKR-DAP) namun bila dilihat mahasiswa dalam majlis anjuran UMNO BN berlainan sekali.

Apa yang pasti keengganan Kerajaan pimpinan Najib untuk menghapuskan AUKU boleh dianggap tindakan penakut dan bacul kerana bimbang apa yang berlaku semasa era kebangkitan mahasiswa sebelum AUKU digubal seperti dalam Peristiwa Baling sehingga menyebabkan kerajaan pada ketika itu hilang fungsi nya sebagai badan yang mendapat kepercayaan rakyat untuk diselesaikan masalah mereka sebalik nya mereka iaitu masyarakat pada ketika itu lebih memberi keprcayaan kepada gerakan mahasiswa. apa yang berlaku di Johor suatu ketika dulu apabila hak rakyat ditindas dan dizalimi menyaksikan gerakan mahasiswa ketika itu menjadi entiti kepercayaan rakyat, sehingga ada kalangan aktivis mahasiswa yang memperjuangkan hak rakyat ditahan dan dipenjarakan.

kesimpulan yang boleh diperkatakan disini ialah keengganan kerajaan yang masih enggan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang sekian lama mencengkam para mahasiswa dari melibatkan diri dalam politik luar kampus boleh diibaratkan sebagai suatu tindakan bacul dan tidak matang, apabila kerajaan bertindak membenarkan guru-guru DG41 sehingga DG48 berpolitik namun bersikap tidak adil kerana gagal membenarkan mahasiswa berpolitik.mungkin pada hemat mereka kemungkinan stunami seterusnya malahan lebih dahsyat dari Era Mahasiswa dahulu seperti Anwar Ibrahim dan Hishamudin Rais yang akan menenggelamkan kapal yang nakhodanya Najib Razak dengan pelbagai masalah dan kepincangan pentadbiran yang mengundang keresahan di hati rakyat, seperti kenaikan harga barang namun kerajaan menggunakan istilah pelarasan subsidi agar rakyat tidak nampak bahawa kenaikan harga tersebut sememangnya suatu kenaikan bukan pelarasan. terbau FDI yang jatuh mendadak amat menakutkan rakyat bagaimana negara ini diuruskan tadbir oleh seorang menteri.

Dalam satu kenyataan dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemerosotan FDI sebanyak 81 % merupakan satu malapetaka besar kepada rakyat dan negara Malaysia dan keadaan sebegini langsung tidak pernah berlaku sebelum ini.Inilah pentingnya Mahasiswa dilibatkan secara menyeluruh dalam perihal politik negara buan sahaja dalam kampus, kerana input dan pandangan mereka amat berharga untuk memastikan segala kepincangan yang berlaku dalam negara akibat gagal tadbir urus yang baik dan diperbaikan dan negara dapat diselematkan dari menjadi hak milik kroni dan napoleon yang wujud dalam pentadbiran Malaysia kini. Suatu ketika dahulu Gerakan Mahasiswa telah mendominasi setiap isu yang timbul pada ketika itu terutama isu kemasyarakan dimana kepercayaan diberikan oleh masyarakat kepada Gerakan Mahasiswa pada ketika itu kerana mereka lebih hampir dihati rakyat menyebabkan kerajaan ketika itu merasakan bahawa mereka seolah dipinggirkan masyarakat dan setiap kenyataan yang mereka keluarkan dipandang enteng oleh masyarakat.

Justeru kesimpulannya ialah kerajaan seharusnya bersikap telus dengan membenarkan politik untuk semua bukan sahaja kepada guru-guru DG41 sehingga DG 48 sahaja malahan menjangkaui kepada mahasiswa dan sesiapa sahaja dari anggota kakitangan awam dan mereka yang mempunyi kaitan dengan kerajaan untuk turut aktif dalam politik. kerajaan seharusnya membuang sikap takutkan bayang-bayang sendiri dan sanggup meneriman hakikat senadainya hayat mereka sudah sampai yang menghendaki mereka untuk berundur semenatara. Politik Untuk Semua itu seharusnya Najib lakukan dan jangan memilih bulu.




Friday, July 30, 2010