Sunday, August 29, 2010

Tekad Bersama Melaksana Hududullah

firman Allah SWT:

Bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, atas sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan Darulnaim untuk tahun 1431 kali ini. Tahniah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan sambutan tersebut pada 9 Ramadhan bersamaan 19 Ogos 2010 yang merupakan sambutan tahunan amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan.
Demikian pula, terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kerana bersempena dengan sambutan hari Hududullah telah diadakan Seminar Hukuman Sebat Dalam Islam yang turut menampilkan pembentangan kertas kerja dan demontrasi pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan sivil dan syariah oleh pihak Penjara Pengkalan Chepa.
Undang-undang Allah
Undang-undang hudud merupakan undang-undang Allah. Ia difardhukan oleh Allah SWT, sebagaimana fardhu (wajib) bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan undang-undang hudud sebagaimana perintah Allah SWT.
Natijahnya, kita semua boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya yang mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir, di pejabat juga ada undang-undangnya yang mana seorang pekerja perlu mematuhi arahan majikannya, di dalam negara kita juga ada undang-undangnya yang mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan komplikated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Justeru siapa yang paling berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia ini sendiri, iaitu Allah SWT. Inilah yang Allah SWT firmankan:

Bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.
Keperluan makhluk
Sebagaimana didedahkan melalui seminar dan demonstrasi hukuman sebat, banyak pendedahan dan maklumat telah diketahui. Justeru kita yakin, bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan sendiri oleh Allah SWT. Seperti mana ayat Surah An-Nur di permulaan di atas yang memberi makna bahawa An-Nur itu adalah cahaya. Cahaya juga merjuk kepada refleksi daripada matahari, bulan dan bintang yang kesemuanya diperlukan untuk fizikal. Termasuk cahaya petir (pancaran kilat) juga amat berfaedah untuk kehidupan makhluk di bumi. Demikianlah cahaya al-Quran, as-Sunah adalah diperlukan untuk rohani manusia.
Adapun surah An-Nur itu tadi dimulakan dengan perkataan "Surah” yang kemudian dijelaskan oleh Allah: “…Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat.”
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan bermaksud “Kami turunkan” diikuti dengan bermaksud “Kami wajibkan hukum-hukumnya” dan diulangi seterusnya iaitu “Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata.”
Ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT dan memang difardhukan hukum-hukum olehNya. Kemudian di sebalik hukum itu, ada keterangan yang apabila ketiga-tiga itu dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat. Ini merupakan satu isyarat jelas bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah yang bermaksud ”supaya kamu benar-benar beringat.” Beringat ertinya pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT yang akan disoal olehNya di Padang Mahsyar kelak.
Sebagaimana Allah SWT berfirman selepas daripada ayat tersebut :

Bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Salah faham
Hudud bukanlah bermakna hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna: batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah SWT berfirman :

Bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah (dalam masalah rumah tangga).
Di dalam masalah pembahagian harta pusaka juga turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT :

Yang bermaksud : Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah .
Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat membimbangkan, dan ditambah lagi dengan kes kecurian. Begitu pula, kes-kes buang bayi pula semakin membimbang dan menyedihkan. Termasuk juga peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain. Persoalannya, kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah ini? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Manakala undang-undang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT :

Bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Membangun bersama Islam
Sesungguhnya di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama Islam ialah pertama, mendidik, mentarbiyyah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah sejak kecil sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa. Bayi di atas riba diperdengarkan “Bismillahir Rahmanir Rahim” setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhu’ sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama Ar-Rahman, nama Ar-Rahim adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asma’ ul-husna ke atas qalbu bayi.
Dan keduanya, bila anak memasuki alam persekolahan, cikgu-cikgu pula mencambahkan, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh ibu di rumah tadi. Bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang kehidupan, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing dan melaksana segala benih ditabur di rumah dan di sekolah supaya ia berbuah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak iman dan taqwa kepada Allah. Sebagaimana maksud firman Allah SWT (Al-a’Raaf : 96) bermaksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami). Lalu kami timpakan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Menolak pencegahan Allah?
Amat mendukacitakan kita, ada pihak yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas, sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri, tidak mempedulikan batas hudud Allah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku perlanggaran terhadap hudud Allah dan syariat Allah dengan sewenang-wenangnya.
Sehubungan itu, tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa, mahupun internet dan disaksikan pula oleh anak-anak muda kita saban hari. Maka, ia semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak. Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain.
Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni Kerajaan Negeri Kelantan ini.
Tidak putus asa
Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan kita dilaksanakan. Kita mengharamkan riba, membataskan penjualan arak, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel, mengadakan peraturan menutup aurat, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.
Misalnya, dalam memastikan peraturan menutup aurat, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya mempamerkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga dan penjual beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat, selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan.
Kesemua itu bagi memastikan suasana sekitar masyarakat tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menimbulkan amalan seks bebas/zina. Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa Kerajaan Negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu Kerajaan Pusat. Kerana kita menghormati amalan ”Federalisme”. Maka tepuk dada tanya iman.
Akhir kata, semoga sambutan Hari Hududullah tahun ini sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul di bahu kita semua. Harapa bersama agar setiap amalan kita bakal mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

Friday, August 27, 2010

Pengembalian nilai penyucian Aqidahku kepada Islam Tulen....


SESUNGGUHNYAPADA PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI SERATA
KEJADIAN MALAM DAN SIANG TERDAPAT
TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH BAGI MEREKA 
YANG MAHU BERFKIR

Sesungguhnya dunia indah menipu.bagiku tidak ada suatupun indahnya hidup di atas muka bumi melainkan tidak lebih sebagai persinggahan sementara untuk kita mencari bekalan akhirat untuk dipersembahkan di hadapan Allah Ta'ala.

Tujuan kehadiran laman nukilanku ini harus kuperbetulan kembalik asal tujuannya. jauh menyimpang bisa mengundang padah buatkan dan sekalian saudara seagamaku yang membacanya sama ada sengaja mahupun tidak. tujuan aku menulis adalah untuk mengeluarkan idea berdasar penglihatanku, berfikirku, dan sekelumit ilmu buat perkongsian bersama. samapaikan kepada ku walau satu ayat. perkongsian idea dan percambahan idea dari rakan2 alam maya terutama bloggers amatlah kuharapkan dalam perjalanan ku mengembara disebalik nukilanku sendiri. Saling berkongsi ilmu mencambah buah fikiran dan permuhasabahan bersama agar apapun yang kita sampaikan dari hasil gerak tangan kita atau juga nukilan bisa diambil manfaatnya bersama dan sesungguhnya amal redo Allah itu yang kita harapkan. Fastabiqul khairat...

Pelbagai kejadian dan tragedi yang amat tragis tidak kurang banyaknya berlaku. Sumbang mahram, melahirkan pembuangan bayi yang tidak berdosa, berpunca dari sistem kekeluargaan yang tidak teratur dan juga sistem kenegaraan yang terlalu sosial dan sekuler sehingga keutamaan dan memartabatkan hukum agama dipandang enteng terutama dari penguasa. Undang-undang Barat atau juga Toghut tetap diutamakan. Allah menjanjikan penurunan bala yang tidak berkesudahan buat umatnya yang mengenepikan sistem pentadbiran kenegaraan yang berpaksikan syariat. 

Mengaku Islam amatlah mudah, di kad pengenalan, di mulut, pada nama dan juga pada perlembagaan apakah sudah cukup menjadikan seorang Islam secara kaffah? Islam itu mengaku dengan lidah membenarkan hati dan membuktikan dengan amalan perbuatan kita seharian. Justeru setiap hari Islam memerintahkan umatnya supaya menilaikan kembali tahap Islam kita apakah kita banyak melakukan apa disuruh dan meninggalkan apa dilarang atau banyak melakukan apa dilarang meninggalkan apa disuruh? inilah sebenarnya hakikat lemahnya kekuatan Islam kerana ia langsung tidak menggentarkan kuffra yang senantiasa mencari ruang menjahankan Islam darisetiap penjuru. kita juga boleh memepersoalkan islam apakah kita, Islam tulen, islam munafik atau apa?

na'uzubillahi min zalik...


Doa untuk Lim: Bendung segera budaya ‘tahrim’

Sebelum ini, beberapa tokoh ulama 'rasmi' dan 'tidak rasmi' tampil membantah apa yang dinamakan sebagai budaya tabdi'. Tabdi' bermaksud membidaahkan sesuatu atau menghukumkannya sebagai bidaah.


Budaya tabdi' merujuk kepada kelantangan dan ketegasan sesetengah agamawan membid'ahkan beberapa amalan keagamaan umat Islam negara ini, yang sesetengahnya adalah perkarakhilafiyyah sejak zaman berzaman.

Namun, sedar atau tidak, kini nampaknya satu budaya baru mula bertunas yang boleh dinamakan 'budaya tahrim'. Tahrim bermaksud 'mengharamkan sesuatu'. Mengharamkan sesuatu berdasarkan dalil-dalil yang sahih bukan satu kesalahan.

Yang salah ialah mengharamkannya secara tergesa-gesa tanpa berusaha bersungguh-sungguh mencari nas-nas yang berkaitan. Inilah yang dimaksudkan dengan 'budaya tahrim'.
Bila ada orang Islam mendoakan keburukan kepada sesetengah individu Islam, yang dianggap melakukan kezaliman, sesetengah 'ulama rasmi' terus memfatwakannya sebagai haram. Ada juga yang menganggap perbuatan itu 'bertentangan dengan ayat al-Quran yang menegaskan umat Islam adalah bersaudara'!

Yang jelas, fatwa ini dikeluarkan tanpa merujuk kepada nas-nas yang berkaitan dengan isu 'mendoakan keburukan kepada individu muslim'. Jika nas-nas tersebut dirujuk, saya yakin tiada seorang pun umat Islam, apatah lagi ulama yang tergamak mengharamkannya.

Siapakah di kalangan umat Islam yang tulen, tergamak mengharamkan apa yang jelas dilakukan sendiri oleh Rasulullan s.a.w dan para sahabat serta diperakui keharusannya oleh para ulama?.
Dalam Sahih Muslim, diceritakan perihal seorang lelaki yang makan dengan tangan kiri disamping Rasulullah s.a.w. Bila Rasulullah s.a.w mengarahkannya makan dengan tangan kanan, lelaki tersebut, kerana didorong oleh sifat takbur, mendakwa tidak mampu makan dengan tangan kanan.
Lantas Rasulullah s.a.w bersabda “[kalau begitu] kamu tidak akan mampu [makan dengan tangan kanan]”. Setelah Baginda bersabda demikian, lelaki tersebut tidak lagi boleh mengangkat tangan kanannya ke mulutnya (lihat hadis no.5387 dalam Bab Adab al-Ta'am Wa al-Syarab Wa Ahkamuhuma).

Semasa mengulas hadis ini, al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari mengatakan hadis ini menunjukkan keharusan mendoakan (keburukan) ke atas orang yang melanggar hukum syarak (lihat huraian al-Hafiz Ibn Hajar terhadap hadis no.4957 di bawah bab al-Tasmiah 'Ala al-Ta'am Wa al-Akl Bi al-Yamin dalam Sahih Bukhari).

Perkara yang sama turut dilakukan oleh sahabat Nabi s.a.w, Sa'ad bin Abi Waqqas r.a yang mendoakan keburukan ke atas orang yang memburuk-burukkannya iaitu Usamah bin Qatadah. Sa'ad r.a berdoa kepada Allah supaya memanjangkan umur Qatadah dan memanjangkan kefakirannya serta mendedahkannya kepada fitnah(Hadis muttafaq 'alaih. Rujuk Riyadhus Solihin dalam bab Karamat al-Auliya' Wa Fadluhum).

Lihat pula kenyataan Imam Nawawi dalam al-Azkar. Di bawah bab Jawaz Du'a al-Insan 'Ala Man Zalama al-Muslimin Au Zalamahu Wahdahu (Keharusan seseorang mendoakan (keburukan) ke atas orang-orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya), beliau berkata, “sesungguhnya nas-nas al-Quran dan hadis serta amalan orang-orang terdahulu dan terkemudian (daripada) umat (Islam) ini, saling 'bekerjasama' dalam menunjukkan keharusannya (iaitu mendoakan keburukan ke atas orang-orang yang zalim)”.

Di saat hadis-hadis Nabi begitu jelas, kenyataan para ulama begitu nyata yang mengharuskan doa seperti ini, tiba-tiba 'ulama rasmi' kita dengan ringan mulut mengatakan mendoakan keburukan ke atas orang Islam yang dianggap zalim adalah haram sama sekali. Menafikan hakikat bahawa umat Islam bersaudara!.

Jika dilihat dalil-dalil dan kenyataan ulama yang jelas seperti di atas, kemudian dibandingkan dengan fatwa 'ulama rasmi' kita yang bercanggah dengan dalil-dalil dan kenyataan tadi, kita dapat menilai betapa seriusnya realiti yang ada. Ia serius kerana fatwa tersebut terang-terang bercanggah dengan nas dan kenyataan ulama-ulama muktabar.

Begitu juga isu kalimah Allah. Meskipun al-Quran merakamkan 'penggunaan kalimah Allah' oleh bukan Islam tanpa membantahnya, ada 'ulama rasmi' yang sampai ke tahap menganggap orang yang menyokong bukan Islam negara ini menggunakan kalimah Allah sebagai 'tidak beriman'.
Dalam surah Az-Zumar ayat 3, Allah merakamkan ucapan orang-orang kafir iaitu “kami tidak menyembah atau memujanya (sembahan selain Allah) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya”. Adalah jelas mereka menggunakan kalimah Allah dan tidak dibantah oleh al-Quran. Sila rujuk sambungan ayat 3 surah ini untuk kepastian.
Kita semua juga mengakui bahawa orang-orang Arab sejak zaman sebelum Islam menggunakan kalimah Allah. Bahkan surat Raja Mesir yang beragama Kristian, Muqauqis kepada Nabi s.a.w, dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim (Rujuk Sirah Ibn Hisyam, jld. 2, hlm. 359 dan Zadul Ma'ad karangan Ibn Qayyim, jld. 3, hlm. 61).

Para ulama sejak dahulu tidak pernah melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam iaitu Ahli Kitab. Buktinya, bagi menjadikan sembelihan Ahli Kitab halal dimakan oleh orang Islam, para ulama mensyaratkan supaya Ahli Kitab menyebut nama Allah semasa menyembelih! (Rujuk tafsiran Imam Qurtubi terhadap ayat 5 surah al-Ma'idah dalam Tafsir al-Qurtubi).
Di celah-celah lambakan fakta yang jelas sebegini, terbitlah fatwa bahawa orang Islam yang menyokong bukan Islam menggunakan kalimah Allah dianggap tidak beriman!. Kini timbul pula isu orang Islam mendoakan untuk bukan Islam. Sebenarnya, isu ini telah diselesaikan ulama sejak zaman silam lagi. Mereka menyatakan secara jelas hukumnya sehingga kita tidak perlu lagi berijtihad dan berselisih pendapat.
Sebagai contoh, Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar mengatakan “tidak harus didoakan untuknya (bukan Islam) keampunan dan yang seumpamanya…tetapi harus didoakan (untuknya) hidayat, kesihatan (tubuh) badan, kesejahteraan dan yang seumpamanya”.

Imam Nawawi berdalilkan dengan peristiwa seorang Yahudi memberi minum kepada Nabi s.a.w setelah Baginda meminta demikian. Nabi s.a.w telah mendoakan untuk si Yahudi tadi dengan bersabda “semoga Allah mencantikkan kamu”. (Lihat al-Azkar dalam bab Ma Yaquluhu al-Muslim Lil al-Zimmi Iza Fa'ala Bihi Ma'rufan).

Selain Imam Nawawi, beberapa orang ulama dari mazhab Syafie turut menyatakan dengan jelas keharusan mendoakan kebaikan duniawi kepada bukan Islam. Syeikh Ramli dalam Nihayatul Muhtaj dan Syeikh Ibn Hajar dalam Tuhfatul Muhtaj dengan jelas mengatakan “harus mendoakan kesihatan tubuh badan dan hidayat untuk orang kafir”(Lihat huraian tentang tasyahhud dalam kedua-dua kitab yang dinyatakan).

Di tengah-tengah kejelasan fatwa ulama muktabar Mazhab Syafie yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini, secara tidak semena-mena sesetengah pihak memfatwakan “haram mendoakan kesejahteraan untuk bukan islam”!.

Kita tidak tahu apakah fatwa ulama-ulama muktabar ini telah dirujuk sebelum fatwa haram tersebut dikeluarkan. Jika ia telah dirujuk oleh pihak terbabit, kita tidak pernah faham dan tahu atas alasan apakah mereka tetap mengharamkan doa orang Islam kepada bukan Islam.
Semua ini mendorong kepada pembentukan satu kesimpulan iaitu “budaya tahrim sudah mula bertunas”!

Persoalan yang penting di sini ialah, apakah punca kepada kewujudan budaya 'tahrim' ini. Penulis tidak melihat ia berpunca daripada kepentingan politik atau kepentingan peribadi. Ini kerana, pihak-pihak yang terbabit dalam budaya 'tahrim' ini dipercayai keikhlasan dan pekerti mereka dan telah terbukti berani mengeluarkan pandangan meskipun bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Bagi menjawab persoalan ini, cukuplah sekadar penulis bertanya “apakah sudah sampai masanya kesarjanaan dijadikan syarat utama bagi menjadi 'ulama rasmi', dan apakah sudah sampai masanya calon-calon 'ulama rasmi' dicadangkan oleh satu lembaga ulama untuk dipilih oleh pemerintah?.
Kepada pihak berkuasa, ingatlah, jika 'budaya tahrim' ini terus berlaku dalam institusi 'ulama rasmi', institusi ini akan hilang kredibilitinya dan tidak lagi menjadi rujukan umat Islam negara ini!.

malaysiakini.com 


Shah al-Maududy Ogos 26, 10 2:48pm

Presiden Akan Layangkan Surat ke Malaysia

S

TEMPO Interaktif, Jakarta – Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akan mengirim surat berisi sikap resmi pemerintah Indonesia kepada Perdana Menteri Malaysia. Surat tersebut menanggapi hubungan Indonesia – Malaysia yang belakangan panas.
“Akan disampaikan secara tertulis kepada Pemerintah Malaysia, kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai sikap pemerintah Indonesia,” kata Juru Bicara Julian Aldrin Pasha di Istana Negara, Jumat (27/08).

“Akan disampaikan secara tertulis kepada Pemerintah Malaysia, kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai sikap pemerintah Indonesia,” kata Juru Bicara Julian Aldrin Pasha di Istana Negara, Jumat (27/08).


TMPO Interaktif, Jakarta – Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akan mengirim surat berisi sikap resmi pemerintah Indonesia kepada Perdana Menteri Malaysia. Surat tersebut menanggapi hubungan Indonesia – Malaysia yang belakangan panas.

Julian tak menjelaskan detil isi surat tersebut. Ia hanya mengatakan pemerintah menyayangkan adanya peristiwa penangkapan tiga petugas Dinas Kelautan Dan Perikanan oleh Polisi Malaysia. “Tentu saja kita sangat menyesalkan insiden tiga orang pegawai dari DKP,” katanya.
Mengenai sikap resmi Indonesia, kata Julian, akan disampaikan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan Djoko Suyanto. “Kita berharap kejadian serupa tidak terulang lagi di masa mendatang,” katanya.
Julian mengatakan pemerintah Indonesia dan Malaysia, masing-masing diwakili Menteri Luar Negeri, akan duduk bersama 6 September nanti untuk membahas masalah ini. “Untuk bisa saling memahami posisi masing-masing,” katanya.

Hezbollah dedah bukti pembunuhan Hariri

Oleh Maha Barada, BBC News

BEIRUT: Pemimpin kumpulan Hezbollah Sheikh Hassan Nasrallah mendedahkan bukti penglibatan Israel dalam pembunuhan bekas Perdana Menteri Lebanon Rafik Hariri pada 14 Februari 2005.

Beliau berkata, bukti itu termasuk rakaman video pesawat pengintip Israel mengelilingi jalan yang digunakan oleh Hariri tetapi beliau tidak akan menyerahkan bahan itu kepada tribunal yang menyiasat kes kematian Hariri.

Dalam pada itu, Israel seperti biasa menafikan terlibat dengan pembunuhan Hariri.

"Saya tidak kata ini bukti konklusif," kata Sheikh Hassan ketika sidang media, menambah, "tapi ini menunjukkan "tanda" penglibatan Israel dalam pembunuhan Hariri.

Beliau menunjukkan rakaman video di mana menurut beliau, pesawat-pesawat pengintip Israel, yang dirakam pada masa yang berbeza dari tahun 1990an hingga 2005.

Menurut beliau, filem menunjukkan laluan yang sering diambil oleh Hariri di Beirut dan lain-lain tempat di negara itu, termasuk jalan yang digunakan pada hari kematiannya. Tetapi ia tidak menunjukkan tempat-tempat di mana terletaknya pejabat Hezbollah dan kawasan operasi mereka.

Mengintip untuk Israel

Sheikh Hassan juga mendedahkan nama seorang rakyat Lebanon yang didakwa mengintip untuk Israel, orang itu katanya, berada di tempat kejadian sehari sebelum pembunuhan.

"Orang itu bagaimanapun, melarikan diri sebelum pihak berkuasa dapat menahannya," katanya.

Sheikh Hassan berkata, beliau tidak akan menyerahkan bukti itu kepada tribunal antarabangsa yang menyiasat kematian Hariri kerana beliau tidak mempercayai kewibawaan tribunal itu.

Hariri terbunuh dalam satu letupan yang kuat pada 2005. Pada masa itu, ramai rakyat Lebanon menyalahkan Syria. Syria menafikan tuduhan itu tetapi akhirnya, ekoran dari pembunuhan itu, Syria menarik keluar bala tentera dari Lebanon.

Bulan lalu, Sheikh Hassan berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa tribunal antarabangsa akan memanggil individu-individu daripada Hezbollah dalam kes pembunuhan Hariri dan menyifatkan tribunal tersebut sebagai plot Israel terhadap Hezbollah.

Tribunal sehingga ini belum menyatakan siapakah yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Thursday, August 26, 2010

Ternyata Pemerintah Sekular Umat Islam Hari Ini Adalah Perompak Harta Milik Umat

Lihatlah bagaimana khianatnya para pemimpin sekular umat Islam hari ini. Kekayaan dan kehebatan Sultan Brunei yang memiliki sehingga 7000 buah kereta mewah di atas  adalah salah satu contohnya. Di manakah beliau memperolehi duit yang berbilion ringgit itu kalau bukan hasil rompakan dari kekayaan minyak yang berada di bumi umat Islam itu? Dalam pandangan Islam, minyak  adalah merupakan milik umum yang haram hukumnya dimiliki oleh individu. Tatkala ramai umat Islam di belahan dunia ini contohnya di Indonesia, Bangladesh dan lain-lainnya bertarung dengan kemiskinan dan kebuluran, di kala itu jugalah kita melihat para pemimpin umat Islam hidup dengan penuh kekayaan dan kemewahan. Kisah di atas hanya berkisar dengan kekayaan salah seorang dari lebih 57 para pemimpin Islam. Jika kita himpunkan kekayaan milik seluruh para pemimpin umat Islam yang ada hari ini kita yakin ianya cukup untuk menyelesaikan masalah kefakiran dan kemiskinan yang berlaku di dunia umat Islam itu sendiri. Inilah akibatnya apabila sistem ekonomi Islam dibakulsampahkan dan sebaliknya yang digunapakai adalah sistem ekonomi Kapitalisme. Kekayaan di dunia umat Islam itu khususnya dan dunia umumnya hanya berlegar di sekitar golongan tertentu semata-mata sedangkan Allah SWT berfirman: 

“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”.
[TMQ Al-Hasyr (59) : 7]. 

Inilah akibatnya apabila undang-undang dan sistem ciptaan manusia diterapkan dan kita dapat menyaksikan kelompok yang kuat dan berkuasa menindas dan memanipulasikan rakyat yang lemah. Wahai umat Islam! Sedarlah bahawa minyak itu sebenarnya adalah milik kamu. Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi SAW bersabda, 

“Kaum muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. Wahai umat Islam! Para pemimpin sekular pada hari ini tidak pernah merasa berdosa apabila mereka merompak kekayaan milik umat. Yakinlah, hanya dengan kewujudan seorang khalifah yang ikhlas sahajalah kerakusan dan ketamakan pemimpin sekular yang merompak harta milik umat dapat dihentikan.

Sandiwara Tol Di Musim Perayaan




JUMAAT 27.8.2010
toltolDiskaun tol raya ditentukan 2 Sept.

PETALING JAYA 20 Ogos - Penetapan diskaun kadar tol sempena Hari Raya Adilfitri bulan depan akan ditentukan pada satu mesyuarat dengan syarikat-syarikat konsesi pada 2 Sept. ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.  Beliau berkata, mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya itu akan digunakan untuk mendapatkan maklumat balas daripada semua syarikat konsesi tol berhubung bayaran tol.  "Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri MUFORS (Malaysians Unite For Road Safety) di Restoran Jejantas USJ, Kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, hari ini. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 20/08/10

Sandiwara tol ...  

Sandiwara lagi.  Di antara konsep pengswastaan yang juarai oleh bapa Kapitalisme negara, Tun Mahathir, adalah pengenalan lebuhraya bertol melalui kewujudan syarikat-syarikat konsesi yang diberikan lesen untuk merompak jutaan wang rakyat. Dan setiap kali musim perayaan, rakyat akan digula-gulakan dengan pelbagai ’tawaran hebat’ dalam bentuk diskaun tol, sebagai usaha untuk menutup kudis dan nanah sistem Kapitalisme yang diterapkan selama ini. Kini, Aidil fitri menjelang tiba dan idea yang sama diusulkan - diskaun tol raya kepada para pengguna sempena  Hari Raya. Sekali lagi pemerintah sekular kita berpura-pura bersikap prihatin terhadap rakyat.  Sedangkan hakikatnya, sudah sekian selama sebenarnya ”perompak-perompak moden” ini merompak dan menjarah dengan rakusnya harta milik umum ini secara berterusan. Lihatlah bagaimana dengan tanpa rasa tanpa bersalah dan berdosa, Datuk Shaziman Abu Mansur masih lagi boleh berseloroh dengan kata-katanya "Tengoklah syarikat mana yang bermurah hati beri (diskaun) lebih sikit. Saya rasa Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pun tak mahu ketinggalan memberi diskaun. Jangan takutlah,”.

Wahai Shaziman! Ketahuilah bahawa tol adalah salah satu bentuk cukai dan secara jelas Islam telah mengharamkannya. Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]. Rasulullah SAW juga bersabda,“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]. Sila rujuk: Lihat SN151 - TOL : SAMPAI BILA PEMERINTAH MAHU MENANGGUNG DOSA?

 http://mykhilafah.com

Adakah Al-Qur’an Sekadar Untuk Diperingati dan Dibaca? Bahagian 2

 

Sempena Nuzul Al-Qur’an ini, marilah kita dengan penuh iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari Al-Qur’an atau justru telah mengabaikan Al-Qur’an? Apakah selama ini Al-Qur’an telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah sebaliknya, kita malah meninggalkan dan mencampakkannya? Kebanyakan kita berusaha menjaga fizik Al-Qur’an. Kita tidak akan meletakkan Al-Qur’an di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak menjaga’ Al-Qur’an. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat Al-Qur’an dipijak, dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan berdiam diri jika Al-Qur’an dihina, diremeh atau
dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian Al-Qur’an dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Namun, kita sering hanya berhenti sebatas ini sahaja. Umat Islam berusaha untuk menjaga fizik Al-Qur’an, tetapi tidak berusaha untuk memahami isi kandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya. Umat Islam marah apabila Al-Qur’an dihina, tetapi mereka sendiri ‘menghina’ Al-Qur’an dengan tidak mengamalkan hukumhukum yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati apabila Al-Qur’an dikatakan telah ketinggalan zaman, tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran
Al-Qur’an. Inilah hakikat umat Islam! Mereka mengambil Al-Qur’an hanya sebagai sebuah kitab yang ‘wajib’ dibaca tetapi melemparkan segala hukum-hakam yang ada di dalamnya. Para pemerintah kaum Muslimin membaca Al-Qur’an tetapi mereka mencampakkan segala perintah dan larangan Allah yang ada di dalamnya. Mereka mengadakan pelbagai program untuk membaca Al-Qur’an tetapi dalam masa yang sama mereka tidak berhukum dengan hukum Al- Qur’an, malah lebih buruk mereka memerangi dan menangkap sesiapa sahaja dari golongan umat Islam yang ikhlas berjuang menegakkan hukum Al-Qur’an. Mereka kononnya menyeru kepada Al-Qur’an tetapi mereka sebenarnya cukup anti dan takut kepada golongan yang yang benar-benar berusaha untuk mengembalikan hukum Al-Qur’an. Bukan setakat itu, mereka malah menganggap bahawa golongan yang ingin menegakkan agama Allah sebagai penjenayah yang mesti dihapuskan. Maha Suci Allah yang memuliakan golongan yang berdakwah ke jalanNya dan semoga Azab Allah menimpa golongan yang menghalang penerapan syariatNya



Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan Al-
Qur’an bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca Al-Qur’an adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah berdosa besar dan Allah jualah yang Maha Membalas segala dosanya. Siapa sahaja yang yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, maka azab Allah menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkanNya melalui Al-Qur’an, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka
.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya
(tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk
perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang
zalim”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].

Melalui ayat di atas, Allah menghina kaum yang tidak memikul wahyu yang diturunkanNya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keledai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu bukanlah manusia, melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang kita harapkan keredhaan dan keampunanNya. Orang yang benar-benar beriman, bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gentar akan perumpamaan yang dibuat olehNya. Beberapa Kekeliruan Lain Terhadap Al-Quran Sebagaimana yang telah diterangkan, di antara kesalahfahaman yang ketara tentang Al-Qur’an oleh umat Islam adalah mereka hanya mengambilnya sebagai bahan bacaan semata-mata tanpa difahami dan diamalkan isi kandungannya. Walhal yang dituntut oleh Islam adalah penerapan atas apa yang dibaca. Al-Quran bukan kitab untuk mendapat ilmu pengetahuan semata, tetapi jauh lebih dari itu, ia mengandungi hukum-hakam yang wajib diamalkan oleh manusia. Al-Qur’an merupakan kitab syariat yang tidak hanya sekadar untuk dibaca dan dihafalkan sahaja, melainkan harus difahami dan diamalkan isi kandungannya dalam kehidupan sehari-hari. Al-Qur’an adalah Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai petunjuk untuk umat manusia. Apakah sesuatu itu boleh dikatakan sebagai petunjuk jika kita tidak memahaminya, apatah lagi tidak mengamalkannya ? Petunjuk adalah lawan dari kesesatan, maksudnya jika seseorang itu tidak memahami petunjuk, maka ia termasuk di dalam golongan yang sesat. Dengan kata lain, tidak mengambil Al-Qur’an sebagai petunjuk bermakna seseorang itu berada di dalam kesesatan. Di dalam hal ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan kita:

“Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara; jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya” [HR Muslim].

Sebahagian lain kaum Muslimin tidak mengambil A-Qur’an sebagai petunjuk, tetapi menjadikan al-Quran sebagai sebuah ‘kitab mistik’. Al-Quran disimpan baik-baik di rumah dan hanya digunakan untuk hal-hal yang
berunsurkan mistik misalnya menjadikannya sebagai azimat, tangkal, pelaris, penolak bala, pengusir syaitan
dan sebagainya. Malangnya Al-Quran tidak dijadikan sebagai ’pengusir’ pelbagai macam sistem kufur yang
diterapkan di tengah-tengah umat saat ini seperti Sekularisme, Kapitalisme, Liberalisme, Demokrasi, Hak
Asasi Manusia dan lain-lain lagi. Mereka lebih suka mengambil Al-Qur’an sebagai sebuah ‘kitab magik’ yang
boleh menguntungkan jualan, memurahkan rezeki, berubat, menghalau hantu dan pelbagai ‘kepentingan
peribadi’ lainnya daripada mengambil A-Qur’an sebagai kitabullah yang mengandungi syariat yang wajib
diterapkan ke atas umat manusia keseluruhannya serta membawa rahmat ke seluruh penjuru alam.

Umat Islam senantiasa mengatakan bahawa Al-Qur’an adalah pedoman hidup, tetapi pada masa yang sama
mereka tidak menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur kehidupan. Umat Islam hanya memilih hukumhakam tertentu yang ada di dalam Al-Qur’an untuk diamalkan dan mereka meninggalkan sebahagian besar hukum-hakam yang lain. Mereka mengambil ayat-ayat tentang akhlak tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang mua’malat. Mereka mengambil ayat-ayat tentang wudhu’ tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang hudud. Mereka mengambil ayat-ayat tentang solat tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang jihad. Dan begitulah seterusnya. Mereka hanya memilih hukum-hukum yang mereka suka untuk diamalkan. Mereka berusaha menundukkan Al-Qur’an agar sesuai dengan hawa nafsu mereka. Mereka malah mengambil hukum kufur yang dibuat oleh penjajah dan meninggalkan hukum Allah. Dengan sebab inilah Allah menurunkan kehinaanNya ke atas mereka. “.....apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang sangat berat.....” [TMQ Al-Baqarah(2):85].

Mereka mengambil hukum Barat dan merasa bangga dengannya, lalu hukum Barat ini dipertahankan oleh
mereka sebagaimana mereka mempertahankan aqidah mereka. Apabila ditanya kenapa mereka tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka akan memberi seribu satu alasan. Mereka yakin bahawa hukum kufur Barat adalah lebih baik dari hukum Allah, maka hukum Barat diterapkan, hukum Allah dicampakkan. Allah Azza wa Jalla berfirman di dalam Al-Qur’anul Karim, “Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki. Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Maidah (5):50].

Pada hakikatnya, orang yang menolak aturan-aturan Allah dan menggantinya dengan hukum-hukum buatan Barat adalah orang yang mendustakan dan menyombongkan dirinya di hadapan ayat-ayatNya. Allah Rabbul Izzati mengkhabarkan kepada kita bahawa orang-orang semacam ini mustahil akan masuk syurga Allah, sebagaimana mustahilnya unta masuk ke lubang jarum. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayatayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan pintu-pintu langit (ampunan) dan mereka tidak pula akan masuk syurga hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kejahatan”. [TMQ al-A‘raf (7):40].

Kembali Kepada Al-Qur’an Dengan Cara Yang Benar Wahai kaum Muslimin! Marilah kita akhiri sikap yang tidak sepatutnya terhadap Al-Qur’an. Kuburkanlah segala kesalahfahaman kita tentang Al-Qur’an. Mari kita jadikan Ramadhan dan Nuzul Qur’an ini sebagai momentum untuk kembali kepada fahaman yang benar terhadap Al-Qur’an. Mari kita jadikan Ramadhan ini sebagai momentum untuk meneguhkan tekad kita untuk senantiasa memuhasabah diri kita dengan Al-Qur’an; membaca, memahami dan menghayati maknanya; mengamalkan isi kandungannya; serta menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur segala urusan kehidupan kita dan sumber penyelesaian atas seluruh masalah kita; seterusnya menerapkan segala isi kandungannya di dalam bentuk per individu, bermasyarakat dan bernegara. Al-Qur’an adalah Kalamullah yang mengandungi seluruh hukum-hakam bagi kehidupan manusia. Di dalamnya terdapat hukum-hakam yang mengatur seluruh interaksi samada manusia dengan Al-Khaliq, manusia dengan manusia yang lain mahupun manusia dengan dirinya sendiri. Al-Qur’an mengandungi hukum-hakam tentang aqidah dan ibadah; tentang mua’malat dan uqubat; tentang akhlaq, pakaian dan makanan. Al-Qu’ran adalah Penyalinan semula artikel ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapat mengembangkan dakwah Islam dan diredhai Allah swt. Tiada 

cahaya, mengambilnya adalah petunjuk, meninggalkannya adalah sesat. Menerapkan hukum di dalam Al-Qur’an adalah wajib, meninggalkannya adalah berdosa. Sedarlah wahai saudaraku, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berpesan kepada kita, siapa saja yang meletakkan Al-Quran sebagai pemimpin di depannya nescaya ia akan memimpinnya ke syurga, sebaliknya, siapa saja yang meletakkan Al-Quran di belakangnya, nescaya ia menjerumuskannya ke dalam neraka. Na‘ûdzu billâh min dzâlik! Wahai kaum Muslimin! Daulah Khilafah telah dihancurkan pada 3 Mac 1924. Sejak saat itu, hukum Allah tidak lagi diterapkan di muka bumi, sebaliknya diganti dengan hukum kufur penjajah. Sejak saat itulah manusia telah tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, sebaliknya menggantikannya dengan hukum-hakam buatan tangan manusia. Al-Qur’an bukan setakat diambil acuh tak acuh, malah ditinggalkan terus dan lebih buruk, dipertikaikan kesesuaian hukumnya. Hukum Al-Qur’an telah lenyap seiring dengan lenyapnya Daulah Khilafah. Tanpa ada sebuah negara, mustahil semua ayat Al-Qur’an dapat diterapkan. Benarlah kata Imam Al-Ghazali, “Agama adalah asas dan kekuasaan (negara) adalah penjaganya. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan rapuh; sesuatu yang tidak ada penjaganya, akan hilang.” Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengakhiri Sautun Nahdhah pada kali ini dengan sebuah Hadis yang mulia yang menceritakan kepada kita semua tentang Al-Qur’an. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari Hadis ini demi untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat:

“Dari Ali, radhiaAllahu ‘anhu, katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,
bersabda: “Awaslah, sesungguhnya akan berlaku fitnah”. Aku bertanya: “Apakah jalan keluar darinya ya
Rasulullah?” Baginda menjawab: Kitabullah. Di dalamnya terdapat kisah-kisah apa yang sebelum kamu dan
pengkhabaran apa yang akan datang sesudahmu; dan hukum-hakam di antara kamu; Ia (Al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana sombong, akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dari selainnya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran yang bijaksana; Ia adalah As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar atau berputar belit; dan para ulama pula tidak pernah puas darinya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata “Sesungguhnya kami mendengar bacaan Al-Qur’an yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.”; sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; dan sesiapa sahaja yang beramal dengannya, pahalalah ganjarannya; dan sesiapa sahaja yang berhukum dengannya, adillah ia; dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya ia menunjuk kepada Siratil Mustaqim (jalan yang lurus).”
[HR Tirmizi dan Darimi].

Nuzul al-Quran : Kitabullah Bukan Sekadar Untuk Di Baca. Bahagian 1


Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. 



pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman. Memang benar bahawa setiap Muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan Al-Qur’an. Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqân).  

Allah  Subhanahu wa Ta’ala berfirman bermaksud:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia
dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”


Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Al-Qur’an adalah huda (petunjuk), artinya Al- Qur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Qur’an telah menjelaskan perbuatan apa yang wajib dilakukan, mana yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan. Al-Qur’an juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Qur’an adalah furqân (pembeza), artinya menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, al-haq (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Qur’an dan al-bâthil (kebatilan) adalah apa saja yang dinyatakan batil oleh Al-Qur’an. Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita. Justeru, umat Islam wajib mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan. Umat Islam wajib berpegang teguh kepada Al-Qur’an sebagaimana
Rasulullah dan para sahabat berpegang teguh dengannya. Sesiapa sahaja yang tidak mengambil Al-Qur’an

sebagaimana yang Allah perintahkan, maka hendaklah ia takut akan diadukan oleh Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan pengaduan seperti dalam firman-Nya, “Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30]. Maksudnya, mereka menjadikan Al-Qur’an sebagai kitab yang ditinggalkan, diabaikan dan tidak dipedulikan. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang termasuk ke dalam sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya; tidak mentadabbur (mengkaji) dan memahaminya; tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya; berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, atau jalan hidup yang diambil dari selain Al-Qur’an; tidak mahu menyemak dan mendengarkan Al-Qur’an serta membuat kecoh hingga tidak mendengar Al-Qur’an saat
ia dibacakan.


Wednesday, August 25, 2010

Isu perkauman tidak timbul jika tiada Umno


KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG)  mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan ideologi perkauman yang didoktrinkan ke dalam masyarakat.
Mereka berpandangan, isu perkauman yang timbul kini berpunca daripada doktrin perkauman yang diterapkan oleh Umno sejak dari dahulu lagi.

Presidennya, Dr. Toh Kin Woon berkata, semua isu perkauman yang meretakkan hubungan antara kaum tidak akan berlaku jika Umno tidak memulakannya.

"Politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara.

"Tanpa semua tindakan ini, kita tidak akan dijangkiti virus perkauman," kata Kin Woon dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing.

Tambahnya, sekiranya kerajaaan terus berdiam diri dalam isu tersebut, keyakinan rakyat terhaddap slogan "1Malaysia' yang diwarwarkan Najib akan hilang.

"Lebih memeranjatkan ialah sehingga kini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdiam diri dalam isu-isu tersebut, ini mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap slogan inklusif umpamanya “Satu Malaysia”dan “Rakyat Didahulukan”yang diketengahkan Perdana Menteri," kata beliau lagi.

Beliau turut menyatakan kekesalan di atas sikap berdiam diri kerajaan Umno BN terhadap beberapa kenyataan berbau perkauman antaranya mengenai cadangan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang mahu kerajaan menahan Presiden MCA, Chua Soi Lek di bawah ISA kerana menyokong cadangan kuota 30% bumiputera dimansuhkan.

"MPP menyaran kerajaan memansuhkan sekolah ibunda; Utusan Malaysia cuba mengapi-apikan isu pemansuhan kuota bumiputera dan perlembagaan baru, sebuah surau Seremban disimbah cat merah tapi pimpinan tertinggi kerajaan tidak mengkritik perkembangan kurang sihat ini.," katanya.

Tuesday, August 24, 2010

Doa untuk bukan Muslim


Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. 

SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"



Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan(sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. 


Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.
Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan. 

Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar".

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka.

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.


SOLAT HAJAT DAN BACA YASSIN UNTUK
KAMALANATHAN BOLEH PULA PUAK UMNO NI
DOA UTK LGE X BOLEH 
PANDANGAN ORANG AGAMA X NAK AMBIL
DOK PIKR GILA TALAK JE
UMNO OH UMNO OH UMNO