Saturday, August 14, 2010


Seruan kepada kepimpinan tinggi kerajaan Malaysia, saya mendesak supaya kerajaan lebih bertindak matang dalam mengeluarkan  sebarang kenyataan khususnya keperluan Mahasiswa untuk terlibat dengan politik. Dan desakan saya sebagai salah seorang Mahasiswa agar kerajaan segera menghapuskan Akta Universiti Dan Kolej Universiti AUKU yang selama sudah cukup lama mencengkam Mahasiswa dan Gerakan Mahasiswa.dari terlibat dengan politik luar atau mana2 gerakan politik atau juga bertindak sebagai non kepartisan. Mahasiswa adalah bakal kepimpinan masa hadapan yang sekarang dipersiapkan demi mengambil alih tampuk pemerintahan negara. 

Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) satu akta rimba dari tahun 1970 an sudah cukup menutup suara perjuangan mahasiswa dan hak mahasiswa tertindas dari disuarakan dan diangkat setingginya oleh wakil mereka. Apakah kerajaan tidak sedar bahawa mahasiswa sudah cukup tersiksa dek akta rimba yang digubal oleh kerajaan. Sehingga sekarang rakyat seluruhnya masih belum mengetahui mengapa gerakan mahasiswa diperlakukan sebegini rupa sehingga seteruk ini Mahasiswa disekat dari terlibat dengan politik luar.

kelihatannya sekarang kerajaan semakin ghairah menggunakan Polis bagi menangkap setiap ahli masyarakat yang berhimpun menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. sedangkan hak berhimpun bagi setiap ahli masyarakat termasuk kebebasan berpersatuan sememangnya dijamin oleh perlembagaan persekutuan selagi tidak menimbulkan kekacauan.Namun yang menimbulkan kekacauan ialah apabila kedatangan polis yang cuba menghuru harakan sesuatu perhimpunan. atas arahan siapakah ini?

Jangan begini wahai Kerajaan ku Pimpinan UMNO ...

Jangan cuba menggundang kemarahan rakyat apatah lagi mahasiswa. Terdapat juga kenyataan sebelum yang menyatakan PAS menaja pelajar luar negara khususnya timur tengah sehingga mereka tidak mahu menggundi kerajaan.ini lagi kenyataan paling bodh dan merapu dikeluarkan orang berpelajaan tapi buta. Banyak mana sangta wang yang PAS ada nak taja pelajar luar negara PAS bukan kerajaan persekutuan, setakat orang perseorang itu mungkin. Namun mahasiswa sama ada dalam atau luar negara semuanya sudah cerdik dan terbuka mata mereka akan gelombang politik yang berlaku dalam negara sekarang. 

Insyaalah mereka akan pulang dengan satu semangat untuk mengubah kerajaan sedia ada. Sekiranya kerajaan sekarang yakin bahawa mereka masih mampu untuk berkuasa selepas PRU 13 saya mencabar sila bubarkan Parlimen sekarang....Dan saya cabar benarkan Mahasiswa terlibat dengan politik.Mengapa kerajaan berani untuk membenar guru berpolitik namun membenarkan mahasiswa berpolitik? Alasan mahasiswa perlu menumpukan kepada kecemerlangan akademik suatu alasan yang amat dangkal dan tidak matang malahan penakut.

Tidak ada ayat atau perkataan lain yang layak untuk dikeluar melainkan "TUKAR KERAJAAN", mereka sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan berAMARAN sekirannya mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik maka mereka berjanji untuk tidak memberi undi kepada kerajaan pimpinan UMNO pada PRU 13 akan datang. Tidak kerajaan masih mengekalkan AUKU merupakan tindakan menghina gerakan mahasiswa.

dan menghina mahasiswa itu sendiri.

akhirnya .....

BEBASKAN MAHASISWA DARI CENGKAMAN AUKU ATAU TOLAK KERAJAAN SEKARANG DALAM PRU 13

No comments:

Post a Comment