Sunday, August 22, 2010

Umno paling gerun Guan Eng peluk Islam


Perkara yang paling digeruni oleh Umno jika Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang begitu bersungguh-sungguh membawakan moto 'Amal Maaruf Nahi Mungkar' ke dalam pemerintahannya di negeri itu memeluk agama Islam.

Beliau yang mengagumi serta ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abd Aziz menjadi mimpi ngeri buat Umno kerana rakyat telah membuka mata dan minda dengan menilai tahap kepimpinan beliau yang lebih terbuka dan mengutamakan rakyat berbanding pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

Umno mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan Lim Guan Eng dengan walau apa cara dan walau sebodoh mana sekalipun asalkan mereka kembali berkuasa di Pulau Pinang.

Maaf, perlu diingat bahawa bukan Umno tetapi Gerakan yang berkuasa jika BN memerintah Pulau Pinang. Umno cuma memenangi kerusi sebanyak mungkin tetapi memberikan kuasa bulat-bulat kepada Gerakan untuk memerintah. 



UMNO AMAL POLITIK BODOH
DAN SENTIASA MENUNJUKKAN KEBODOHAN MEREKA

No comments:

Post a Comment