Friday, August 20, 2010

PEMBUANGAN BAYI



1.Firman Allah : Telah berlaku kerosakan di muka bumi akibat tangan-tangan manusia

2.Firman Allah : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. 

3.Firman Allah : Katakanlah kepada laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.

4.Firman Allah : katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahirnya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka.

Ayat no 2 sehingga no 4 merupakan diantara perintah-perintah pencegahan yang diturunkan oleh Allah sebagai pencipta manusia untuk mencegah manusia dari daripada perzinaan yang seterusnya memusnahkan hidup di dunia. 

Dalam kes sumbang mahram. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004 mendapati 4.4 juta remaja di dunia pernah menjalani pengguguran manakala 55,000 kes pengguguran berlaku setiap hari dengan 60 peratus daripadanya berlaku di kalangan remaja yang tidak berkahwin.

Menurut kajian itu juga, setiap tahun seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin. Daripada 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia di bawah 25 tahun.

http://www.utusan.com


ERAI, 18 Ogos: Jumlah 65 kes pembuangan bayi antara Januari hingga 16 Ogos lalu seperti mana dilaporkan adalah satu angka keruntuhan akhlak yang serius berlaku dalam masyarakat negara kini.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mengulas mengenai isu pembuangan bayi yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

"Jakim khususnya bersama pihak berwajib mesti tegas dalam memberi pendidikan dan ilmu agama serta kuliah kepada generasi muda dan remaja di mana saja mereka berada.
"Kuliah harus dipergiatkan. Pendidikan ilmu agama harus menjadi teras dan praktikal ilmu itu adalah wajib," katanya.
Beliau yang juga pendakwah bebas turut menyarankan tempat-tempat lepak antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin harus segera dipantau dan disekat.
Pergaulan bebas adalah antara faktor yang mendorong berlakunya kehamilan luar nikah yang seterusnya kegiatan membuang bayi berleluasa.
"Undang-undang sekular yang dipraktikkan dalam negara juga menjerumuskan generasi muda ke lembah tersebut setelah sistem yang ada gagal untuk berfungsi bagi membentuk dan melahirkan mereka menjadi umat yang beragama serta takut kepada azab Allah," tambahnya lagi.
Firdaus juga berkata, sistem pemerintahan yang ada harus berpatah balik kepada hukum Islam terlebih dahulu sebelum undang-undang Islam dapat dilaksanakan dengan adil.
Sehubungan itu, katanya maka rakyat harus merebahkan Barisan Nasional yang ada setelah melihat kegagalan kerajaan untuk mendidik dan membentuk masyarakat.
Tambahnya, pelbagai bentuk jenayah yang berlaku membuktikan kerajaan yang ada gagal untuk mentadbir serta memberi kesejahteraan hidup kepada masyarakat.
http://www.harakahdaily.com
Isu pembuangan bayi di mana puncanya?

Isu pembuangan bayi

KUCHING 23 Julai - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, isu pembuangan bayi yang semakin menular dalam masyarakat ketika ini perlu dikaji secara mendalam dengan mencari punca utama kenapa kes tersebut berlaku.  Beliau berkata, dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi-bayi terbuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui pendekatan agama dan pengukuhan institusi keluarga.   "Seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak mencukupi hanya dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal, sebaliknya kita mesti tahu kenapa kita menghadapi masalah tersebut sama ada melalui pemakanan dan begitu juga masalah bayi ini kenapa ia berlaku,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program sesi bersama pemimpin, perpaduan 1Malaysia di sini hari ini. 

Katanya kes pembuangan bayi semakin serius sejak akhir-akhir ini dan ia merupakan antara masalah utama dalam masyarakat ketika ini selain masalah penceraian rumah tangga.   Menurutnya peranan institusi keluarga yang menjadi asas utama dalam membentuk sebuah mesyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian khasnya yang melibatkan pendidikan awal akhlak anak-anak.   Mashitah berkata, gaya hidup dalam sesebuah keluarga banyak mempengaruhi cara pemikiran anak-anak hari ini kerana mereka akan lebih mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang tua mereka sendiri sama ada ia perbuatan yang baik mahupun sebaliknya. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia  23/07/10

Punca kepada Masaalah buang bayi adalah kerana Syariat Islam Tidak Diterapkan

Tidak sukar untuk memahami permasalahan isu pembuangan bayi ini; Kebanyakan bayi yang dibuang adalah anak zina. Anak zina lahir dari aktiviti perzinaan yang berlaku di antara lelaki dan perempuan. Perbuatan zina itu berlaku apabila lelaki dan perempuan yang bukan mahram terjebak dengan pergaulan bebas. Pergaulan bebas ini berlaku apabila individu yang terlibat memegang prinsip idea kebebasan dalam kehidupan sehingga mereka menganggap bercampur-gaul lelaki dan perempuan dibolehkan dengan pelbagai alasan berlandaskan akal semata-mata. Faktanya, pergaulan dan percampuran bebas ini dibenarkan oleh undang-undang negara. Jadi, kerana itulah negara yang sebenarnya merupakan punca utama idea kebebasan ini berkembang dengan suburnya.

Maka daripada rantaian di atas, kita dapat melihat bahawa kunci permasalahan adalah berpunca daripada negara. Namun, setiap kali isu sosial  muncul di dalam kehidupan masyarakat terutama yang melanda umat Islam pada hari ini maka yang hanya dipersalahkan adalah individu dan institusi keluarga. Negara dan perlembagaannya seolah-olah suci, bersih dan putih seperti kapas dan tidak boleh dipertikaikan apalagi hendak dipersalahkan. Para ulama dan cendekiawan langsung tidak pernah mengaitkan masaalah sosial dengan negara dan perlembagaannya, mengapa? Adakah mereka juga bersubahat di dalam mempertahankan sistem kehidupan hari ini yang menjadi punca kepada segala permasaalahan umat? Apabila negara pada hari ini menolak Islam sebagai suatu sistem yang mengatur kehidupan individu, masyarakat dan negara maka sudah pasti kita akan menghadapi 1001 macam masalah seperti mana yang berlaku pada hari ini. Apakah Mashitah tidak faham dengan firman-firman Allah SWT ini;

”Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”[TMQ Al- Baqarah (2) : 85]. 

”Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". 
[TMQ Taha (20) : 124]. 

”Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. [TMQ Al-A’raaf (7) : 96].

”Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
 [TMQ Ar-Ruum (30) : 41].  

Allah SWT telah memberi jaminan bahawa apabila Islam diterapkan, sudah pasti ia akan memberi rahmat kepada sekalian alam. FirmanNya lagi;

”Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.[TMQ Al-Anbiyaa’ (21) : 107].


http://mykhilafah.com

Gesaan agar Kerajaan Pusat melaksanakan undang-undang syariah bagi menangani kes pembuangan bayi terus bergema apabila Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria mendesak agar pelaksanaan hukuman lebih berat dikaji semula.


Mohd Nasir yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah berkata, desakan agar pelaksanaan hukuman lebih berat dikaji semula amat penting memandangkan ia dilihat tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya menimbulkan lebih banyak kesulitan lain.

Menurutnya, hanya undang-undang syariah yang mampu menyelesaikan gejala sosial yang semakin meruncing kerana ia bukan sahaja untuk menghukum pesalah semata-mata, malahan turut mendidik masyarakat agar menghindari perbuatan itu.

“Keperluan Kerajaan Pusat untuk kembali mengguna pakai undang-undang syariah amat jelas kerana tujuan undang-undang Islam adalah bagi menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, maruah serta harta benda.


Mohd Nasir berkata, bilangan anak luar nikah di negara ini yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah sebanyak 257,000 orang bagi tempoh 2000 hingga 2008 seharusnya menyedarkan Kerajaan Pusat kegagalan pelaksanaan sistem sedia ada bagi mengenai gejala sosial di negara ini.

Menurutnya, sekiranya anggaran lebih kurang sejuta anak luar nikah dilahirkan di negara ini oleh beberapa NGO tempatan tepat, ia merupakan satu berita buruk untuk masa depan negara Islam seperti Malaysia.

“Apa yang berlaku menunjukkan masalah moral di negara kita semakin meruncing akibat keengganan Kerajaan Pusat merujuk kepada undang-undang Islam," katanya

http://kedahlanie.blogspot.com

No comments:

Post a Comment