Saturday, August 21, 2010

Jawapan Dr Asri Berkaitan Isu Khutbah di Pulau Pinang


UMNO cuba bermain bermain politik sempit

Amat menghairankan sejak akhir-akhir ini perangai UMNO semakin menjadi-jadi. sehinggakan isu doa kepada bukan Islam dalam khutbah pun dijadikan masalah. Apa masalahnya? mengapa tidak diajukan persoalan ini kepada Ulama UMNO termasuk anak bekas mufti Perlis Fathul Bari tu...justeru apa guna golongan itu masuk dalam UMNO kalau pendapat mereka itu tidak diperlukan?Ulama Ali Baba sememangnya begitulah selayaknya digelar kepada 40 orang Ulama muda yang meyertai UMNO.Sebab itu juga tidak salah Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mengamalkan Islam Plastik atau kosmetik. Namun media boneka UMNO macam RTM dungu, TV3 suku, Berita Hairan dan Utusan Meloya mengatakan Nik Aziz buat tuduhan kata PAS tuduh mereka amal Islam Palestin...betapa dungunya golongan ini...

UMNO kalau boleh segalanya hendak dipolitikan, walaupun perkara itu hanya sebesar butir pasir. Terutamanya UMNO Pulau Pinang. Dah macam orang Gila Talak dah. Macam-macam serangan dilakukan sejak Pulau Pinang diambil alih pentadbiran oleh pembangkang khususnya DAP. macam-macam kata fitnah dan gangguan dibuat nak melemahkan pentadbiran kerajaan negeri namun sikitpun tidak terusik. Paling teruk menerima tekanan ialah Lim Guan Eng.

Apa yang dapat diperlihatkan UMNO tidak sangat menumpukan serangan kepada DAP tetapi lebih menjurus untuk melemahkan Lim Guan Eng. Tidak lain hanya bersifat dengki apatah lagi kita dapat melihat bahawa Lim Guan Eng banyak memberikan bantuan kepada meningkat syiar Islam di negeri tersebut. Suatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang. Lim jga banyak menyebut berkaitan Islam dan meletakkan khalifah Umar Abdul Aziz seorang pemimpin Islam termasyhur sebagai idolanya dalam melaksanakan pentadbirannya. 

Sebagaimana biasa UMNO akan memainkan isu perkauman. khususnya agama lain tak boleh kacau hal agama, tak boleh baca al-Quran tak boleh berhujah dengan al-Quran Islam ni hanya untuk melayu sahaja, UMNO parti memperjuangkan agama, menurut perlembagaan Melayu itu seorang yang beragama Islam lah apa lah....tapi ada dia merujuk apa al-Quran kata siapa itu orang Islam?ada dia peduli apa Nabi kata?mengatakan UMNO sahaja boleh perjuangkan Melayu ni semua perbuatan khurafat.

Menyatakan bahawa Melayu itu Islam merupakan perbuatan bidaah. Sebab nabi tidak mengajar kita begitu. Sebagaimana disebut Dr Asri bangsa Arab dulu yang terdiri dari pelbagai kabilah dan amat berpuak-puak mereka juga tidak dapat bersatu sehingga Muhammad diutuskan sebagai Rasulullah s.a.w  barulah orang Arab boleh bersatu. Bapa saudara nabi yang mendapat azab paling ringan di akhirat juga Nabi pernah doakan supaya Allah memberikan bapa saudaranya memeluk Islam namun sehingga keakhirnya dia tidak memeluk Islam. Justeru di mana silapnya sekiranya kita mendoakan seseorang bukan Islam yang cenderung hatinya kepada Islam supaya Allah membuka pintu hatinya menerima permata iman dan Islam apatah lagi dilakukan ketika khutbah Jumaat kerana doa pada ketika itu amat dimakbulkan Allah. Tetapi UMNO cuba menunjukkan kejahilannya. 

Bayangkan sekiranya pada ketika itu nama Najib yang disebut dan nama Yang Di Pertuan Agong tidak disebut....Apa tindakan UMNO?

Sementara itu dalam buletin 1.30 bertarikh 22.8.2010 Datuk Ahmad Maslan menyatakan bahawa pihak terlibat seharusnya meminta maaf selain itu puak-puak itu(DAP) bagi suka pun dekat Islam. Sekali lagi orang UMNO nak menjadi jaguh.....nak menunjukkan ketidakcerdikan mereka. kalau tak faham sekalipun janganlah kita cuba membuka aib kita sendiri. 

Apapun saya tetap menegaskan bahawa tindakan khatib tersebut menyebut atau mendoakan Lim Guan Eng adalah tidak salah sama sekali dari sudut agama. Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Kalau nak dibezakan dengan Choa Soi Lek dia nak bercakap bab Islam pun dia tak tahu apatah lagi Khoo Tsu Kun. UMNO tidak pernah cuba mendekatkan golongan tersebut dengan al-Quran apatah lagi dengan keindahan Islam. Sebenarnya apa yang membuatkan orang bukan Islam tidak mahu masuk Islam ialah kerana mereka tidak mahu masuk Melayu. Kalau tidak percaya pergi tanya apa yang berlaku kepada Ustaz Riduan Tee Abdullah semasa di awl dia memeluk Islam. 

Justeru janganlah jadi orang tak ada ilmu dan cuba menunjukkan kejahilan kita hanya kerana isu khutbah Jumaat ini. Perkara ini dalam Islam x salah.

Justeru hayatilah kata2 Dr Asri ni....



Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Barisan Nasional untuk tidak mempolitikkan isu doa khutbah solat Jumaat.
Asri berkata tiada salahnya mendoakan panduan dan petunjuk diberi kepada pemimpin, atau mendoakan kerajaan yang bersimpati dan adil pada rakyat.
"Jangan politikkan isu ini. Saya minta Pakatan Rakyat dan juga BN untuk tidak mempolitikkannya," kata Asri, yang menambah beliau tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan Umno berhubung perkara ini.
Beliau menambah apa yang tidak boleh dilakukan adalah mendoakan kesejahteraan untuk seorang pemimpin yang tidak adil, serta memanjatkan pujian-pujian akan pentadbirannya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong menggantikan nama Yang Dipertuan Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam doa khutbah mereka.
Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan kepada mana-mana masjid, dan berikrar menghukum mereka yang didapati berbuat demikian selepas siasatan dijalankan.
Lidah Umno bagaimanapun terus memainkan isu ini dan terbaru, khatib Masjid Jamek Padang Menora dikatakan telah menyebut nama Ketua Menteri dalam doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.
Imam Ibrahim Ishak berkata nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Khatib tersebut nampaknya mendoakan tuhan supaya membuka pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam.

WAHAI UMNO JADILAH PEMIMPIN MATANG
JANGAN SEMUA NAK POLITIK
INGAT ISLAM BUKAN UNTUK MELAYU SAHAJA
DAN MELAYU TAK SEMUANYA ISLAM
WALAUPUN PERLEMBAGAAN KATA BEGITU
TAPI PERLEMBAGAAN ISLAM TAK KATA BEGITU
JANGAN LETAKKAN OTAK ANDA LEBIH RENDAH DARI 
KANAK-KANAK TASKA
FAHAM??



No comments:

Post a Comment